Pada bulan 12 tahun 2015, mak dimasukkan ke hospital besar Segamat untuk membuat pembedahan. Malam sebelum pembedahan mak disuruh untuk berpuasa. Aku nampak riak wajah mak ceria je, takde nampak risau pun. Mak cakap dekat aku, "Dik, pergi lah ajak abah beli barang sekolah, takpe Kak Anim ada boleh jaga mak. Kesian kau nak beli barang sekolah sendiri nanti"
Pada waktu mak nak dibedah itu, waktu itu aku baru sahaja nak melangkah masuk ke Tingkatan 5. Banyak dugaan aku pada masa itu. Aku berlapang dada untuk terima dugaan dariNya. Selepas sebulan mak dibedah, mak telah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Selepas itu, mak banyak diamkan diri dan sebagainya. Pada hari pertama aku mahu menduduki SPM, aku salam dan cium pipinya dengan bermacam-macam perasaan pada waktu itu.
Selepas beberapa minggu aku habis menduduki peperiksaan SPM, mak ajak aku untuk pergi ke Hospital Muar kerana mak ada temujanji dengan doktor di sana. Masa jumpa doktor tu. Keesokkan harinya pula, mak terpaksa ditahan wad sebab paru-parunya berair selama 3hari 2malam. Malam pertama aku menjaga mak di hospital, mak lain sangat pada waktu itu. Mak cakap pun seperti kurang jelas, mak banyak merepek& cakap benda yang bukan-bukan. Pada waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku pada waktu itu. Yelah, mak kita kan. Takde seorang anak pun yang tak risau untuk melihat keadaan maknya seperti itu :'c. Pada hari Khamisnya, mak suruh aku balik, suruh kemas rumah. Katanya nanti ada orang nak datang. Pada waktu itu aku terfikir, siapa yang nak datang, rupa-rupanya mak dapat pulang ke rumah. Dan betul juga apa yang mak katanya itu "nanti ada orang nak datang"
Pada hari Jumaatnya, jam 3.30 petang mak telah menghembuskan nafasnya buat kali terakhir. Betapa sedihnya aku bersama keluarga melihat mak telah terbujur kaku. Allahuakbar! Allah sahaja yang tahu perasaan kami sekeluarga menghadapi pada waktu itu. Sehingga kini perasaan sedih itu menyelubungi diri ini. Bukan mudah untuk menerima perginya seorang emak di dalam keluarga.
Kesimpulannya disini, selagi ibu kita ada, jagalah dia, belainya dia dan hormatilah dia. Terutama sekali, jagalah perasaanya. Jangan sampai tiba waktunya, baru nak menyesal. Pada waktu itu, sudah tiada gunanya lagi.
AL-FATIHAH UNTUK, HATIMAH BINTI KARNI

No comments:
Post a Comment