Bentuk dan bahan tepak beranekan ragam ada yang dibuat dari bahan kuningan dan tembaga, ada yan dibuat dari kaleng atau perak, atau dari kayu bahkan ada pulak tepak yang dibalut dengan emas.
Biasanya tepak sirih walaupun terbuat dari emas, perak atau tembaga haruslah dibungkus dengan kain songket, dan disaat berlangsungnya upacara adat barulah pembungkusan tepak sirih itu dibuka. Dalam tepak biasanya diisi dengan daun sirih, gambir, kapur, pinang dan tembakau. Tetapi sekarang juga dimodifikasikan dengan ditambah aneka bunga bungaan, manisan gula.
Dalam adat perkahwinan melayu, tepak digunakan mulai dari menyambut tetamu yang akan datang merisik (mencari jodoh yang dilakukan orang tua untuk mencarikan calon isteri untuk anak lelakinya), sebagai alat komunikasi pembuka kata oleh yang mewakili tuan rumah sebagai juru bicara, menyunguhkan tepak yang disebut dengan Tepak Pembuka Kata.
Tepak sirih merujuk kepada bekas yang diperbuat dari logam bagi mnyimpan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan daun dari pokok sirih untuk dimakan. Masyarakat melayu membezakan antara tepak sirih berbentuk bujur sebagai puan dan yang berbentuk empat segi bujur sebagai tepak.
i. Antara barangan yang terdapat dalam tepak sirih, adalah :
-Daun sirih yang menggambarkan sebagai sesuatu yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
-Kacip pinang yang digunakan bagi mengacip pinang.
-Gobek sirih bagi menghancurkan sirih untuk mereka yang berusia dan tidak memiliki gigi bagi
mengunyah.
ii. Lima cembul yang berisi bahan sirih dan maksud tersiratnya yang diatur menurut aturan berikut:
-Pinang yang melambangkan kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi serta keturunan yang
baik-baik.
-Kapur lambang hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan membinasakan.
-Gambir yang kelat rasanya melambangkan kecekalan hati.
-Tembakau yang rasanya pahit dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk
berkorban
-Cengkih rasanya yang manis dan bau yang wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat
budaya serta tutur kata.
Aturan tersebut menurut tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudiankan. Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebalik lima atau enam helai daun dalam satu baris. Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi. Sirih ini dilipat bagi menyembunyikan tangkai sirih. Ini kerana ekor sirih tidak boleh dinampakkan kerana pada anggapan mereka ini adalah satu keadaan yang kurang sopan dan tidak menghormati tetamu.
Tepak sirih ini akan digunakan semasa meminang seorang gadis. Tepak sirih ini akan dibawa oleh pihak lelaki untuk dibawa ke rumah gadis yang akan dipinang itu. Tepak sirih ini adalah adat oleh masyarakat melayu. Tetapi, tepak sirih ini sudah jarang digunakan oleh masyarakat melayu pada masa kini.
| TEPAK SIRIH DAN BAHAN-BAHANNYA |
| TEPAK SIRIH DAN BANHAN-BAHANNYA |
1. SIRIH
2. PINANG
3. CENGKIH
4. TEMBAKAU
5. KAPUR
6. GAMBIR
2. PINANG
3. CENGKIH
4. TEMBAKAU
5. KAPUR
6. GAMBIR
No comments:
Post a Comment