Owner

WELCOME TO OUR BLOG, Anna Norain& NurHanum

Monday, 13 March 2017

Mengenai Tepak Sirih

     Tepak sirih ini dalam adat melayu bukan hanya sebagai hiasan atau alat cendera mata yang diberikan kepada seseorang untuk ingatan, bukan hanya digunakan sebagai alat untuk menyimpan sirih bagi orang yang gemar memakan sirih. Tetapi tepak sirih ini digunakan oleh orang melayu untuk pelengkap adat dalam aneka ragam upacara yang berkenaan dengan adat dan budaya Melayu. Tepak selalu ada dalam acara penyambutan tetamu, pinang-meminang, memulangkan anak, mengadakan perdamaian, tepung tawar, dan pada tarian serta pada upacara adat melayu lainnya

     Bentuk dan bahan tepak beranekan ragam ada yang dibuat dari bahan kuningan dan tembaga, ada yan dibuat dari kaleng atau perak, atau dari kayu bahkan ada pulak tepak yang dibalut dengan emas.

     Biasanya tepak sirih walaupun terbuat dari emas, perak atau tembaga haruslah dibungkus dengan kain songket, dan disaat berlangsungnya upacara adat barulah pembungkusan tepak sirih itu dibuka. Dalam tepak biasanya diisi dengan daun sirih, gambir, kapur, pinang dan tembakau. Tetapi sekarang juga dimodifikasikan dengan ditambah aneka bunga bungaan, manisan gula.

     Dalam adat perkahwinan melayu, tepak digunakan mulai dari menyambut tetamu yang akan datang merisik (mencari jodoh yang dilakukan  orang tua untuk mencarikan calon isteri untuk anak lelakinya), sebagai alat komunikasi pembuka kata oleh yang mewakili tuan rumah sebagai juru bicara, menyunguhkan tepak yang disebut dengan Tepak Pembuka Kata.

     Tepak sirih merujuk kepada bekas yang diperbuat dari logam bagi mnyimpan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan daun dari pokok sirih untuk dimakan. Masyarakat melayu membezakan antara tepak sirih berbentuk bujur sebagai puan dan yang berbentuk empat segi bujur sebagai tepak.

i. Antara barangan yang terdapat dalam tepak sirih, adalah :
   -Daun sirih yang menggambarkan sebagai sesuatu yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
   -Kacip pinang yang digunakan bagi mengacip pinang.
   -Gobek sirih bagi menghancurkan sirih untuk mereka yang berusia dan tidak memiliki gigi bagi
    mengunyah.


ii. Lima cembul yang berisi bahan sirih dan maksud tersiratnya yang diatur menurut aturan berikut:
    -Pinang yang melambangkan kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi serta keturunan yang
      baik-baik.
    -Kapur lambang hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan membinasakan.
    -Gambir yang kelat rasanya melambangkan kecekalan hati.
    -Tembakau yang rasanya pahit dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk
       berkorban
    -Cengkih rasanya yang manis dan bau yang wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat
       budaya serta tutur kata.

     Aturan tersebut menurut tertib ketika mengapur sirih, yang dahulu didahulukan dan yang kemudiankan. Daun-daun sirih yang disusun dalam tepak sirih hendaklah dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya, disusun sebalik lima atau enam helai daun dalam satu baris. Satu tepak sirih selalunya mengandungi empat atau lima susun sirih tadi. Sirih ini dilipat bagi menyembunyikan tangkai sirih. Ini kerana ekor sirih tidak boleh dinampakkan kerana pada anggapan mereka ini adalah satu keadaan yang kurang sopan dan tidak menghormati tetamu.

     Tepak sirih ini akan digunakan semasa meminang seorang gadis. Tepak sirih ini akan dibawa oleh pihak lelaki untuk dibawa ke rumah gadis yang akan dipinang itu. Tepak sirih ini adalah adat oleh masyarakat melayu. Tetapi, tepak sirih ini sudah jarang digunakan oleh masyarakat melayu pada masa kini.








TEPAK SIRIH DAN BAHAN-BAHANNYA


TEPAK SIRIH DAN BANHAN-BAHANNYA


1. SIRIH
2. PINANG
3. CENGKIH
4. TEMBAKAU
5. KAPUR
6. GAMBIR










Tuesday, 7 March 2017

Pengalaman Aku (NurHanum) Menjaga Emak Yang Menghidap Penyakit Kanser Payudara Tahap 3

     Pada pertengahan bulan 11 pada tahun 2014, doktor telah mengesahkan bahawa mak telah menghidap kanser payudara tahap 3. Aku berasa sedih sangat kerana mak telah menerima ujian seberat itu. Pada mulanya, aku tak boleh terima apa yang mak hadapi dalam hidupnya. Aku tak sanggup melihat mak menanggung derita ini. Seminggu selepas itu, mak selalu termenung, kurang bercakap, tidak mahu keluar rumah dan kurang makan.

     Pada bulan 12 tahun 2015, mak dimasukkan ke hospital besar Segamat untuk membuat pembedahan. Malam sebelum pembedahan mak disuruh untuk berpuasa.  Aku nampak riak wajah mak ceria je, takde nampak risau pun. Mak cakap dekat aku, "Dik, pergi lah ajak abah beli barang sekolah, takpe Kak Anim ada boleh jaga mak. Kesian kau nak beli barang sekolah sendiri nanti"

     Pada waktu mak nak dibedah itu, waktu itu aku baru sahaja nak melangkah masuk ke Tingkatan 5. Banyak dugaan aku pada masa itu. Aku berlapang dada untuk terima dugaan dariNya. Selepas sebulan mak dibedah, mak telah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Selepas itu, mak banyak diamkan diri dan sebagainya. Pada hari pertama aku mahu menduduki SPM, aku salam dan cium pipinya dengan bermacam-macam perasaan pada waktu itu.

     Selepas beberapa minggu aku habis menduduki peperiksaan SPM, mak ajak aku untuk pergi ke Hospital Muar kerana mak ada temujanji dengan doktor di sana. Masa jumpa doktor tu. Keesokkan harinya pula, mak terpaksa ditahan wad sebab paru-parunya berair selama 3hari 2malam. Malam pertama aku menjaga mak di hospital, mak lain sangat pada waktu itu. Mak cakap pun seperti kurang jelas, mak banyak merepek& cakap benda yang bukan-bukan. Pada waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku pada waktu itu. Yelah, mak kita kan. Takde seorang anak pun yang tak risau untuk melihat keadaan maknya seperti itu :'c. Pada hari Khamisnya, mak suruh aku balik, suruh kemas rumah. Katanya nanti ada orang nak datang. Pada waktu itu aku terfikir, siapa yang nak datang, rupa-rupanya mak dapat pulang ke rumah. Dan betul juga apa yang mak katanya itu "nanti ada orang nak datang"

     Pada hari Jumaatnya, jam 3.30 petang mak telah menghembuskan nafasnya buat kali terakhir. Betapa sedihnya aku bersama keluarga melihat mak telah terbujur kaku. Allahuakbar! Allah sahaja yang tahu perasaan kami sekeluarga menghadapi pada waktu itu. Sehingga kini perasaan sedih itu menyelubungi diri ini. Bukan mudah untuk menerima perginya seorang emak di dalam keluarga.

     Kesimpulannya disini, selagi ibu kita ada, jagalah dia, belainya dia dan hormatilah dia. Terutama sekali, jagalah perasaanya. Jangan sampai tiba waktunya, baru nak menyesal. Pada waktu itu, sudah tiada gunanya lagi.


AL-FATIHAH UNTUK, HATIMAH BINTI KARNI